12/20/2011

Untukmu Kawan...

Ditulis oleh nia ain at 09:31
ku tujukan entri ini buat seorang kawan… Harap ko baca mesej aku nih dengan hati yang terbuka yer.
kawan baik
Kawan,
Benar katamu kubur kita memang lain-lain.
Tapi harus kamu ingat di mahsyar nanti kita akan bersama juga.
Kawan,
Benar katamu tentang perihalmu itu memang ia urusanmu.
Tapi harus kamu ingat tanggungjawab pada agamaku itu adalah urusanku…
memberi tegur tentang salahmu pada syariat itu adalah urusanku.
Kawan,
Tolong dengarkan perkiraanku padamu ini ;
Kalau lah nanti aku tidak khuatir terhadap pertanyaan Allah kepadaku di akhirat kelak…
Kalaulah aku tidak khuatir terhadap dakwaanmu di mahkamah Allah kerana mempersalahkanku kerana tidak menyeru kepadamu…
Dan kalaulah pasti aku boleh terlepas dari ancaman hari penghisaban kelak…
DEMI ALLAH yang setiap jiwa berada di genggaman-Nya, TIDAK INGIN aku mempedulikanmu walau kamu sewenangnya berbogel di khalayak ramai sekalipun.
Tolonglah fahami situasi ini wahai kawan.
kawan baik
Kawan,
Aku menegurmu bukan kerana aku lebih bagus.
Aku menasihati bukan kerana aku lebih hebat.
Aku menyatakan sesuatu kepadamu bukan kerana aku lebih pandai darimu.
Tetapi aku melakukan itu semua kerana ia adalah tuntutan agama kepadaku.
Aku melakukan itu semua kerana aku menyayangi mu, kerana Allah perintahkan begitu.
Aku melakukan ini semua semata-mata mahu kamu dan aku juga selamat dari azab Allah yang maha pedih.
Kawan,
Sama-sama lah kita saling mengingati. Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati.
Semoga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa kita. Semoga Allah merahmati dan meredhai kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

nama apa (◕‿◕✿) Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting